Monday, April 13, 2009

Team Total 90 @ STAROBA Futsal 2009 (3rd edition)

Salam Superfriends,

Semalam Team Total 90 kita telah mengambil bahagian dalam Staroba Futsal 2009 (3rd Edition) di HTO de Futsal di Subang Jaya. Aku tiba di tempat kejadian agak lewat jam 10.15am dan suasana meriah sunggu terasa. Muka-muka biasa kelihatan menghangatkan suasana: batch 90 (yup, sekarang muka kita dah dikira sebagai "the usual suspects"), our usual seniors (seperti Pot, Sushi, etc..), our senior old boys (batch tahun-tahun 90an yang di bawah kita sedikit), dan ada juga young old boys (much much junior yang langsung aku tak kenai sorang pun!!!...). Ada juga kaum keluarga, anak2 dan girlfriends yang datang menyokong boyfriend masing-masing.

Para pemain Team Total 90 dan penyokong-penyokong adalah seperti berikut:-
1. Tobeq (very passionate captain...)
2. Chunut (very licik)
3. Bashkaran (striker yang nampak macam baru bangun tidor..)
4. Mat Spy (goalkeeper pemula...)
5. Joe Pisang (goalkeeper penyudah yang "cool")
6. Zaidi (mid-fielder pemula..)
7. Ali Bahari (mid-fielder gantian I)
8. Piye (mid-fielder gantian II)
9. Badak (tukang jerit)
10. Isboss (tukang buat lawak)
11. Kunen (tukang karut)
12. Saleh (tukang tanya khabar)
13. Ronny (tukang lawak istana)
14. Cabang (pemberita bertugas)

Geng-geng berjiwa muda tidak membawa anak-anak dan isteri masing-masing, especially Mr. Ronny yang sungguh galak memakai jersi logo E-Esia dan Djarum Indonesia. Ahli-ahli keluarga yang hadir memberi sokongan kepada ayah-ayah masing-masing adalah seperti berikut:-
- Tiga (3) orang anak Mat Spy, all the way dari Teluk Intan.
- Satu (1) orang anak Zaidi Red, dari Shah Alam.
- Dua (2) orang anak Bashkaran, dari Rawang (spy?)


Kategori Pertandingan

Tournament dibahagi kepada 2 kategori:

1) Kategori Senior
Kita termasuk dalam kategori Senior sama dengan Batch 86 (terlihat sebagai yang paling tua dalam kategori ni). Batch Ayoi 88-92 juga termasuk dalam ketegori ini.

2) Kategori Junior
Kategori Junior adalah those batches yang memang jelas kemudaan mereka, disokong pula oleh awek-awek yang belum dinikahi. Ini amat jauh berbeza dengan Kategori Senior yang ditemani anak-anak masing-masing. Tapi untuk kategori Senior yang berjiwa muda, anak-anak ditinggal kan di rumah, tapi masih juga dihantui panggilan-panggilan telefon dari bini yang memesan beli susu anak di Giant dalam perjalanan pulang nanti (kononnya pukul 1.00 tengahari... ).


Prestasi Team Total 90

First Game mula jam 11.00am. Team Total 90 seri 3-3 dengan team Batch 8892-Y. Tapi diberi "walk over" untuk jadi juara Kumpulan Y, atas alasan "faktor usia lebih senior"., dan terus layak le Suku Akhir. Game Suku Akhir dijadualkan jam 2.00pm. Selepas seronok bergelar Juara Kumpulan Y (diumumkan pakai loud speaker, beb...) kita pun celah pekena lunch kat kedai satu makcik di Good Year Court. Teringat aku kenangan-kenangan masa Fazli, Puyun, Badak and the geng duduk di Good Year Court satu ketika dahulu, zaman umur dua puluhan dahulu (memori, memori. ..).

Second Game mula pukul 2.00pm. Quarter Final, worthy of a thousand credits, lagi best!. Our players played like poets (full of passion!!!), bermain dengan penuh skill dan teramat kool sokmo. Tapi sayang, refri buta kayu menyebabkan kita dinafikan terus hak2 untuk menang, bengang ahhh...! Aku setuju ngan Basha, team 8892-Y bukan bagus mana sangat pun, tapi takpe, yang penting orang dah kagum tengok cara kita bermain... paham la aku ngape kita boleh Champion 1st Edition dulu (this is 3rd edition). Kalu itu gaya mainnnya, aku rasa takdak chance la kaki bangku cam aku nak numpang main, buat sotai aje... Lepas aje kita kalah Quarter Final tu... everybody pun ngucap syabas pada semua players, well played, semua puas hati... good sebab takde suara2 sumbang nak pukul referee (macam zaman muda2 dulu...). Semua pakat pasrah aje...

Worth mention:
Other batch yang hadir muka biasa adalah Pot, Reza Ayam, Pet, Sushi, Ayoi, Tyson... dan yang paling kaget ialah Mat Spek White (confirmed dia sebab trademark selebet dia masih ada...) Batch 89 bukak meja registration untuk OBW 2009. Banner tulih "proudly organised by class of Starian '89..." Chunut udah daftar, tapi aku belum daftar lagi... kalu daftar hari tu dapat T-Shirt Limited Edition, tapi sebab Mat Spek yang jual, aku jadik tak sior. Pengajaran: Kalu kita nak bukak meja pendaftaran awal gini next year, kalu nak orang bayor, gift tu biarlah betul2 "limited edition" yang mari. Lepas tu letaklah awek yang buat promosi... jangan la suruh Ronny yang jual... (in that sense, aku pun tak boleh le... pehh selamat...)

End Report:
I wish to report further, but sadly lesen aku sampai pukul 1pm aje... itupun dah terlajak pukul 3pm. So aku terpaksa la beransur pulang untuk beli susu anak kat Giant... also been reminded that sessi kolam aku ngan anak2 jam 5pm was mandatory no kompromi. Demi lesen untuk OBW 2009 nanti, aku pun pulanglah... A very good afternoon spent with you guys. Hopefully, kita boleh turun ramai2 lagi. Thanks Isboss for the pictures.

p/s: Isboss, aku udah mula morning sits-up, pumping; and this morning udah tidak makan nasi lemak ngan telur separuh masak lagi... musti mahu kurus badan sikit beb, ada awek juniors kita tu panggil aku "Uncle!!!", peh malu-malu aku!

Cabang
+6019-2741173